Thursday, May 19, 2011

KERATAN DARI AKHBAR TENTANG INSENTIF PEDALAMAN

n

Teramat menyedihkan bagi kami guru-guru dan kakitangan di sekolah ini. Apa tidaknya hak kami utnuk diberikan insentif pedalaman tercicir begitu sahaja. Sungguhpun pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh pihak sekolah dan pihak PIBG namun kementrian masih memandang sebelah mata. Sukar sangat kah pihak kerajaan memperbetulkan kesilapan yang telah dibuat? Andai kata guru-guru yang melakukan kesilapan pastinya dah dikenakan tindakan, surat tunjuk sebab dan sebagainya untuk tujuan memperbetulkan kesilapan. Namun si pihak mereka ................... ?

Saya sebagai salah seorang kakitangan di sekolah ini dan tinggal diluar  ( 48 km x2 ) begitu tertekan dengan keadaan ini. Apa tidaknya setiap hari melalui sebuah sekolah yang berkongsi laluan ( jalan raya yang sama -tanpa melalui mana-mana simpang ) telh mengecapi insentif pedalaman ini sejak inaya diperkenalkan.  Tekanan dan gangguan emosi seringkali di alami apabila melalui sekolah ini... apa tidaknya sekolah berkenaan di depan mata....... start dari sekolah tersebut untuk sampai ke sk Taburan perlu melalui jalan berbukit, sempit sejauh 5 km lagi... sepanjang 5 km ini fikiran berkecamuk dan bermonolog...ARGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH........... 









keratan terbaru dari  New Sabah Time ( 27.5.2011)



1 comment:

  1. Teruskan usaha mu bro... saya tabik sama bro, dan bagi 5 bintang hehe ..ini salah satu usaha, bak kata pepatah : berani kerana benar, takut kerana salah! ....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...