Guru merupakan satu pekerjaan yang paling murni, mulia dan disanjungi. Ini kerana dari guru maka lahir ramailah insan yang cemerlang dari segi intelek, rohani dan jasmani. Sekiranya tiada guru, maka tidak wujud keseimbangan dan kesinambungan perkembangan manusia di dunia ini.
Guru wujud sejak dari mula manusia dicipta, yang mana setelah manusia pertama kali berevoluis, pelbagai ilmu diperoleh daripada pengalaman dan pengalaman ini diperturunkan kepada individu-individu yang lain, sehingga membentuk satu komuniti yang mempunyai input untuk melalui kehidupan seharian dan secara tidaklangsung istilah " guru " telah pun wujud di situ.
Guru menyampai kan ilmu, guru memberikan ilmu, guru membimbing individu untuk mangaplikasikan ilmu tersebut secara terarah, berpandu dan seragam mengikut dasar-dasar yang telah ditetapkan di satu-satu negara.
Guru merupakan insan yang terikat dengan keadaan untuk memperkasakan insan. Sungguhpun guru itu hanya seorang manusia biasa, namun disebabkan tanggungjawabnya, maka pemikiran dan pendekatan harus menuju ke arah positif. Namun yang demikian, seringkali kejadian-kejadian negatif mengekori setiap indvidu termasuklah juga insan-insan yang bernama guru. Namun kelemahan-kelemahan ini usahlah diperbesarkan, kerana disebabkan kelemahan tersebutlah maka wujud lah guru yang lebih prihatin dan penuh semangat untuk menjalankan kehidupan seharian. Apapun permasalahan dan persolalannya, guru tetap seorang guru.
Guru adalah serba boleh, guru boleh menyampaikan pelbagai ilmu dan kemahiran kepada para muridnya. Terutama guru-guru di sekolah yang kekurangan tenaga pengajar. Seperti sekolah sekolah di pedalaman. Ini merupakan bukti bahawa guru adalah seorang individu yang serba boleh.
Dan seharusnyalah pihak tertentu perlu menjaga kebajikan guru-guru, ban tidak mengabaikan kewajipan mereka untuk membela nasib guru-guru. Perlu diingat sekiranya guru tidak membimbing individu-indivdu berkenaan pada masa dahulu, maka kedudukan dan pencapaiam mereka sekarang ini tidak akan wujud.
Pengorbanan guru guru perlu di fikirkan. di ambil perhatian dan diberikan keuutamaan. Seperti gambar di sebelah ini.... pengorbanan guru-guru membantu masyarakat di kampung taburan adalah sungguh tak ternilai. ( dan bukan di kampung ini sahaja tetapi di semua tempat yang terpencil di negara kita Malaysia. ) Guru kau ku sanjung Tinggi.
No comments:
Post a Comment