A welcome Note From Headmaster




LINSAP LINGAH

Guru Besar
SEKAPUR SIRIH

Salam sejahtera dan salam satu Malaysia.
Pepatah ada mengatakan "Di mana ada kemahuan di situ ada jalan", warga SK.Taburan harus bersyukur dengan terbinanya blog ini setelah beberapa bulan yang lalu mesyuarat sekolah telah mencadangkan dan seterusnya bersetuju mengwujudkan blog sekolah, lalu dengan komitmen dan sokongan semua guru dan AKS serta usaha yang gigih guru ICT sekolah yang juga merupakan seorang graduan dalam bidang komputer dan multimedia iaitu cikgu Rayner Tuaran@ Mulujang maka hari ini kita dapat satu lagi tahap peningkatan dalam aspek publisiti sekolah.
Saya amat yakin dan percaya sesiapa juga bekas pelajar yang kini berada diluar sana pasti merasa bangga dengan pembinaan blog ini, namun kebanggaan itu berbaur sayu dan terharu apabila melihat gambar gambar bangunan sekolah yang masih seperti dahulu malah semakin uzur dan daif. Sememangnya perkara ini menjadi keutamaan perhatian pihak pentadbir sekolah.
Dengan terbinanya blog ini adalah diharapkan sesiapa sahaja terutama sekali bekas pelajar sekolah dapat berkongsi maklumat dan pandangan atau pendapat yang boleh membantu sekolah melangkah maju ke hadapan. Peluang ini membuka ruang kepada sesiapa juga untuk menyuarakan cadangan dan cetusan minda kreatif dan inovatif yang pastinya bercorak positif dan menjumud minda prejudis yang negatif.
Akhir sekali sumbangan idea, tenaga dan kewangan bagi tujuan meningkatkan kemajuan kurikulum dan kokurikulum serta prasarana sekolah dari semua pihak terutama bekas pelajar dari sekolah ini amat dialu-alukan.


Sekian dan terima kasih.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...