Friday, January 28, 2011

Aktiviti Ko-kurikulum

Isnin. 24 Januari 2011. Kelab Sukan Bola Sepak Sk Taburan telah mengadakan satu perlawanan persahabatan dengan Sk Sarang yang mana kemenangan memihak kepada Sk Taburan dengan jaringan 2 gol berbalas 1.      Perlawanan ini bertempat di padang  Sk Sarang yang berlangsung sekitar jam 2.00 petang dan memakan masa selama 45 minit.
      Aktiviti ini diadakan untuk bertujuan membina dan menyediakan satu pasukan bola sepak yang mantap dari segi fizikal dan mentaliti bagi menghadapi pertandingan Bola Sepak bawah 12 tahun yang akan berlangsung pada 7, 8  februari 2011 bertempat di Padang Sk Nanamun Kota Belud.

(antara gambar-gambar kenangan di Sk Sarang )















Jumaat.28 Januari 2011. Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Bawah 12 tahun telah diadakan di antara Sk Taburan bertemu Sk Ulu Kukut. Perlawanan ini berlangsung di padang Sk Ulu Kukut.
     Dengan berbekalkan semangat kesukanan, pasukan Sk Taburan bertolak  pada jam 1.00 petang dan permainan berlangsung di sekitar jam 2.00 petang. Kehadiran penonton yang ramai pada perlawanan ini telah memberikan impak  dan tekanan yang amat besar kepada pemain dari Sk Taburan, sehingga menyebabkan keputusan menyebelahi pasukan Sk Ulu Kukut. Yang mana Sk Ulu Kukut telah menghadiahkan jaringan 7-0 kepada pasukan Sk Taburan.
     Perlawanan berakhir 50 minit kemudian dengan suasana riang serta kepuasan dari kedua-dua pasukan. Dengan terwujudnya persefahaman dan persahabatan, diharapkan agar perlawanan ini akan memberikan satu tips untuk para perserta dari kedua-dua pasukan mengempur perlawanan bola sepak bawah 12 tahun peringkat Zon Utara pada 7, 8 Januari 2011 yang bertempat di Padang Sk Nanamun Kota Belud.
      Kedua-dua pasukan menerima hadiah hamper sebagai hadiah galakan semangat kesukanan, Hadiah ini merupakan inisiatif peribadi yang diusahaakan olah Penolong Kanan KoKurikulum Sk Taburan En. Alfred Timbon. ( Pihak kelab Bola Sepak mengucapkan terima kasih kepada beliau )
       Ucapan Terima kasih ini turut di tujukan kepada pihak Pengurursan Sekolah dan Ko Kurikulum sekolah 1. Sk Sarang
2. Sk Ulu Kukut
       Ucapan Tahniah kepada para peserta daripada ketiga -tiga pasukan, lebih lebih lagi para jurulatih dan pengurus pasukan

1.  Sk Taburan- En Alfred Timbon ( pengurus ), En Rayner Tuaran ( jurulatih ) En. Marinus ( jurulatih ) En Apin ( pengiring )
2.  Sk Sarang - En Mutaib Pengurus+jurulatih
3. Sk Ulu Kukut -  En Mohd Zain Tawan  ( pengurus + jurulatih ) En . Wan Mohd Fadli ( Jurulatih )


Semoga aktiviti seperti ini bukan sahaja membentuk semangat berpasukan, meningkatkan pencapaian kemahiran bermain, memantapkan mentaliti dan semangat tetapi juga diharapkan agar ianya membantu meningkatkan daya saing dan disiplin di kalangan murid-murid.
Berikut merupakan diantara gambar-gambar yang sempat di ambil ketika aktiviti ini berlangsung






 
    

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...