Tuesday, January 8, 2013

Guru post video adalah isu sensetif VS kecuaian Kementerian memberikan ELMTK sehingga menidakkah hak kakitangan Sekolah -TIDAK sensetif ?

Tindakan seorang guru menyiarkan video rakaman peribadi  yang mengandungi luahan dan desakan akibat daripada keenganan Pihak kementerian menyelasaikan perkara ini , telah hangat di perkatakan, bukan sahaja di peringkat Sekolah malah di peringkat kebangsaan turut menjadi perhatian.

Di fahamkan bahawa guru berkenaan, membuat keputusan untuk menyiarkan rakaman nya sebagai tindakan untuk memperlihatkan bahawa keadaan tersebut "amat menekan " .  Beliau telah mengambil beberapa lama untuk membuat pertimbangan untuk membuat keputusan menyiarkan video tersebut.

Namun setiap perkara yang menyentuh satu satu kepincangan Pihak berkuasa, pasti akan memberikan impak kepada seseorang yang cuba untuk mencuit perkara tersebut. Demikianlah keadaan yang di hadapi oleh guru berkenaan, yang mana, pihak tertentu ( yang sememangnya tidak menahami ataupun tidak cuba untuk memahami ) keadaan tersebut ... menyalahkan  tindakan guru berkenaan.

Secara rasionalnya, apa yang di perkatakan oleh guru berkenaan tidak sedikit pun menyentuh perkara  "Melawan Kerajaan " .. Maaf saya katakan begini, " Hanya orang yang berkepentingan politik dalam kerajaan yang akan membuat kenyataan tersebut".

Jika di hayati rakaman video tersebut, apa yang cuba di sampaikan adalah betapa terdesaknya guru berkenaan ( yang turut membawakan suara semua kakitangan sekolah )  sehingga tertekan dengan keadaan. Bayangkan sekiranya diri kita sendiri berada dalam situasi demikian.

KENAPA ELMTK  begitu di persoalkan ? Tidak kah guru guru telah menerima 10 % elaun hidup susah ?

 Sememangnya Kakitanan Sk Taburan menerima 10 % tersebut, namun persoalan nya di sini ialah .. perbezaan  lokasi antara dua buah sekoalah berkenaan.

Sekiranya mengikut dasar hukum fikiran ; Hukum Jarak = jarak yang jauh pasti mengandungi pelbagai perbezaan dengan lokasi y ang lebih dekat, begitu lah jugan dengan hal menerima ELMTK ini.

ELMTK di perkenalkan  untuk membantu sekolah pedalaman. yang tidak mempunyai kemudahan, dan berkedudukan jauh daripada Pusat pentadbiran daerah. Oleh yang demikian  sekiranya di buat perbandingan . Sk Taburan sememangnya terletak di hujung jalan raya sebelah utara Kota Belud. Bermaksud Sk Dudar  5 km lebih dekat  dengan Pekan.

Oleh yang demikian , SEPATUTNYA Sk Taburan mempunyai kelebihan untuk mendapat ELMTK tersebut. Dan sekiranya Sk Dudar memang layak menerima,  bagai mana dengan SK Taburan ?

Persoalan ini boleh di perkembangkan lagi dengan hukum akal yang boleh di katakan " Budak darjah satu pun memahami perbezaan jarak antara yang dekat dengan yang jauh." Apatah lagi golongan orang dewasa, yang sememangnya memahami erti dan konsep perbezaan antara dua kawasan ataupun tempat yang jauh dan berbeza.

Seperti mana yang telah nyata dan  menjadi hakikat bahawa " Sk Taburan PASTI tidak akan diberikan" ,  Insentif masih tidak kedengaran  ( semasa saya menyambung 2 perenggan akhir ini - 8//1/2013 ) masih belum ada perkahbarannya ... .. ....   ...... . .. (  saluran Maya menjadi penghubung   http://forum.lowyat.net/topic/2463743/+20 )

1 comment:

  1. inilah masalahnya apabila pegawai berkaitan yang membuat pantauan atau penilaian ELMTK tersebut main hantam-hantam saja, main agak-agak ..... 10% saja bah itu, padahal lebih dari itu ...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...